Cari

Saturday, 12 November 2016

Manicure & Pedicure di Taman Nusa Bestari, Johor


Dah lama berangan sebenarnya nak buat mani & pedi ni tapi disebabkan sibuk manjang asyiklahhh postpone. Kalau tak sibuk pun mesti masa tu dah lupa dah pasal angan angan ni, HAHAHA. This is my first time for manicure & pedicure session. Ada google jugak testimoni dalam nak mencari kedai paling best sekali. Tak lupa juga mengendap di Groupon dengan harapan ada kupon menarik yang boleh dirembat. Tapi malangnya kebanyakan offer ada di Kuala Lumpur, frust kita tau.

Akhirnya buat keputusan redah ajelah, masa pergi COD barang area Bukit Indah sambil cari jalan sambil jeling deretan kedai yang ada. Memang aim nak ke sini sebab banyak kedai spesis tu banyak area sini, satu lagi spot ada di Johor Jaya tapi kemain jauh la pulak.


M Nails Hair Waxing Beauty menjadi pilihan sebab tengok kedainya agak menarik dan tak ramai orang. Kehadiran i ols disambut oleh seorang amoi comel iras awek Korea dan terus di bawa ke kerusi untuk dikerjakan. Dalam masa sejam selesai sesi ni dengan jayanya sebab tiga orang sekali buatkan kaki dan tangan.

Kos untuk sesi ni hanya RM95 (ekceli RM65 je tapi dia ada tambah satu servis moisture kan kulit sebab katanya terlalu kering). Servis dan hasil kerja acik kasi 5 bintang!

M Nails Hair Waxing Beauty 
75G Jalan Nusa Bestari 1/5 Taman Nusa Bestari Skudai, Johor, Malaysia 
07-511 5852 (better call dulu untuk appointment) 
Waktu operasi : 11:00AM - 9:00PM setiap hari

No comments:

Post a Comment