Cari

Friday, 25 November 2016

Etika dan Tatacara Terhadap Pengguna



4.1 Amalan Yang mengelirukan
Penjual langsung dilarang menggunakan amalan jualan yang mengelirukan,memperdaya,tidak adil dan skim-skim yang melanggar undang-undang.Penjual langsung hendaklah mempunyai nilai,sikap dan sifat adil tanpa menguntungkan sebelah pihak dan menjamin keadilan tanpa mengwujudkan keraguan pengguna.

4.2 Pengenalan diri
Sejak dari awal penyampaian jualan,penjual langsung hendaklah secara jujur memperkenalkan diri mereka kepada bakal pembeli dan juga memperkenalkan syarikat pengeluar barang/perkhidmatan, barang/perkhidmatan yang dijual serta tujuan mereka berbuat demikian. Di dalam jualan parti,penjual langsung hendaklah menjelaskan tujuan parti itu diadakan kepada tuan rumah dan para peserta.

4.3 Penerangan dan Tunjukcara
Penerangan dan tunjukcara barang yang ditawarkan haruslah tepat dan lengkap,terutama yang berkenaan dengan kualiti dan harga serta sekiranya berkaitan ,harga kredit, syarat pembayaran, tempoh bertenang dan/atau hak pengembalian,syarat jaminan dan perkhidmatan selepas jualan serta penghantaran .Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat tersebut bagi mengwujudkan kepercayaan terhadap sesuatu barang perkhidmatan yang dibekalkan.


4.4 Jawapan Kepada semua soalan
Penjual langsung hendaklah memberikan jawapan yang tepat dan mudah difahami bagi semua soalan yang diajukan olih para pengguna mengenai barang/perkhidmatan dan tawaranya. Perlakuan penjual langsung hendaklah menjurus kepada perilaku sebenar dalam amalan perniagaan dengan mengamalkan sifat amanah didalam apa jua maklumat yang diperlukan pengguna.

4.5 Borang Pesanan
Borang pesanan bertulis hendaklah dihantar atau sedia diperoleh pelanggan pada atau sebelum jualan yang pertama.Bagi jualan yang dibuat melalui mel,telefon,internet atau kaedah lain yang bukan secara bersemuka,satu kaedah salian borang pesanan hendaklan di sediakan terlebih dahulu,atau harus dimasukan dalam pesanan pertama,atau harus disediakan terlebih dahulu ,atau dimasukan dalam pesanan pertama,atau harus disediakan dalam bentuk yang boleh dicetak atau di muat turun melalui internet.

4.6 Perjanjian
Penjual langsung hanya boleh membuat perjanjian untuk menjual barangan/perkhidmatan yang di perakui oleh syarikat dan kementerian.

4.7 Tempoh Bertenang Dan Pengambilan Barangan
Sama ada ia merupakan keperluan undang-undang atau tidak,syarikat dan penjual langsung hendaklah memastikan setiap borang pesanan mengandungi fasal tempoh bertenang yang membolehkan pelanggan menarik balik pesanannya dalam tempoh tertentu dan mendapat balik sebarang bayaran atau barangan/perkhidmatan yang dijual.Syarikat dan penjual langsung yang menawarkan hak pengembalian tanpa syarat itu hendaklah menyediakannya secara bertulis.

4.8 Kerelaan Pengguna
Penjual langsung perlu memastikan bahawa setiap urusan jualan perlulah mendapat kerelaan dan persetujuan kedua-dua belah pehak tanpa wujud aspek paksaan kepada pengguna.ini bertujuan bagi menghindar sebarang pertelagahan dan pergeseran pada masa akan datang selepas sesuatu jual beli telah berlaku.

4.9 Jaminan Dan Perkhidmatan Selepas Jualan
Syarat-syarat jaminan atau waranti ,butiran dan pembalasan perkhidmatan selepas jualan,nama dan alamat penjamin,tempoh jaminan serta tindakan pembetulan yang dibuka kepada pembeli hendaklah dibentangkan dengan jelas didalam boranng pesanan atau lain-lain bahan bertulis yang mengiringi atau dibekalkan bersama-sama barang/perkhidmatan itu,Semua syarat-syarat hendaklah jelas dan mudah di fahami.

4.10 Bahan Bercetak
Bahan-bahan bercetak untuk promosi,iklan atau pengeposan tidak boleh mengandungi keterangan/ dakwaan/ilustrasi yang memperdaya atau mengelirukan mengenai sebarang barang/perkhidmatan.Bahan-bahan bercetak tersebut mestilah mengandungi nama dan alamat atau nombor telefon syarikat atau penjual langsung.

4.11 Surat Akauan
Syarikat atau penjual langsung tidak boleh merujuk mana-mana surat akaun atau kebenaran yang tidak diberi kuasa,tidak benar,lapuk atau tidak lagi boleh diguna pakai ,yang tidak berkaitan dengan tawaran mereka atau digunakan dalam mana-mana cara yang mungkin mengelirukan pengguna.

4.12 Menghormati hak Peribadi
Hubungan peribadi atau telephone harus dibuat dalam cara dan masa yang munasabah untuk mengelakan gangguan.Penjual langsung hendaklah menamatkan tunjukcara atau persembahan jualan selepas diminta olih pengguna.Syarikat dan penjual langsung harus mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi semua maklumat peribadi yang diberi oleh seseorang pengguna,bakal pengguna,atau penjual langsung.

4.13 kesaksaksamaan
Penjual langsung tidak boleh menyalahguna kepercayaan pengguna individu,hendaklah menghormati kekurangan pengalaman perniagaan dan tidak mempergunakan usia,penyakit,kekurangan kefahaman atau pengetahuan bahasa seseorang pengguna.

4.14 Penjualan Rujukan
Syarikat dan penjual langsung tidak boleh mempengaruhi seseorang pengguna supaya membeli barangan atau perkhidmatan yang diasaskan atas gambaran bahawa pengguna boleh mengurang atau mendapatkan semula harga beliannya dengan merujukan bakal-bakal pelanggan kepada penjual untuk pembelian yang serupa.,sekiranya pengurangan atau pengembalian sedemikian berlaku diluar jangkaan terhadap kejadian masa hadapan yang belum pasti.

4.15 Penghantaran
Syarikat dan penjual langsung hendaklah memenuhi pesanan pengguna dalam cara yang menepati masa berdasarkan prinsip penyempurnaan janji atau kontrak yang telus yang telah di persetujui bersama.

4.16 Pengiklanan Dan Promosi
Syarikat dan penjual langsung mestilah mempromosikan barang atau perkhidmatan dengan cara yang tepat dan betul (mengikut garis panduan sedia ada yang berkaitan )

No comments:

Post a Comment