Cari

Wednesday, 8 June 2016

Cara buat Air Nabeez (Pemakanan Nabi Muhammad S.A.W)


Manfaat Air Nabeez, Minuman Kesihatan Kegemaran Rasulullah SAW


CARA MEMBUATNYA

Apa itu Air Nabeez?

Air Nabeez adalah air rendaman buah kurma atau kismis. Minuman ini merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah SAW. Sebagaimana yang tertulis dalam artikel di Laman Web tribunews mengatakan bahawa :

Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, sehingga Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.

Manfaat Buah Kurma Bagi Kesihatan

1. Dapat memulihkan tenaga, ini adalah salah satu alasan mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada waktu berbuka puasa, iaitu agar tenaga kita pulih setelah seharian menahan haus dan lapar. Sehingga kita akan lebih bersedia untuk menjalani ibadah selanjutnya.

2. Mencegah dan mengubati Sembelit
Kandungan fiber dalam buah kurma bermanfaat untuk menghilangkan kolesterol buruk yang ada dalam tubuh. Sehingga kita dapat terhindar dari sembelit.

3. Kaya akan zat besi

4. Kandungan pottassium dalam buah kurma bermanfaat untuk menstabilkan tekanan darah dan menjaga kesihatan jantung.


Khasiat Air Nabeez untuk Kesihatan

Jika buah ini direndam dalam air semalaman, maka akan menghasilkan minuman kesihatan iaitu air nabeez. Minuman mengandung alkali yang berkhasiat untuk mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh, membantu proses pembuangan asid berlebih dalam perut dan memperbaiki sistem pencernaan
tubuh.

Kandungan serat pada air nabeez dapat melancarkan proses pencernaan, menajamkan fikiran agar tetap fokus dan tidak mudah lupa.

Bagaimana cara membuat Air Nabeez?

Proses pembuatan air nabeez adalah sangat mudah. Berikut ini adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan untuk membuat nabeez.

** Membuat air nabeez dengan bahan kurma :

1. Ambil beberapa butir buah kurma (disarankan dalam jumlah ganjil)
2. Rendam dalam segelas air masak selama 12 jam.
3. Tutuplah gelas tersebut dengan tutup gelas ataupun plastik.
4. Jika Anda membuat nabeez pada petang hari atau menjelang malam, maka Anda baru boleh meminum nabeez keesokan harinya. Sedangkan buah kurma yang lembut karena direndam semalaman, dapat dimakan seperti biasa.

** Membuat air nabeez dari kismis :
1. Ambil segenggam buah kismis
2. rendam dalam 1 gelas air masak
3. diamkan selama 12 jam
4. Nabez baru dapat diminum setelah 8 - 12 proses perendaman.

>> Tips! <<

Agar dapat diminum di pagi hari, sebaiknya nabeez dibuat pada petang atau menjelang malam hari. Sebaliknya, jika Anda ingin meminum air nabeez petang hari, sebaiknya pembuatan nabeez boleh dimulai dari pagi hari.

!!! Larangan dalam membuat Air Nabeez !!!

Ada beberapa hal yang harus diperhatikan dalam membuat air nabeez diantaranya iaitu:

Tidak boleh menggunakan dua bahan (kurma dan kismis) sekaligus dalam membuat nabeez. Maksudnya jangan ditempatkan dalam satu wadah yang sama.

Jika air nabeez disimpan di peti sejuk, dapat bertahan hingga 2 hari.

Jangan meminum air rendaman kurma (nabeez) yang disimpan lebih dari 3 hari, karena sudah memasuki masa fermentasi yang dapat menjadikan air rendaman kurma atau kismis tersebut menjadi arak yang hukumnya haram untuk diminum.

Meminum air nabeez adalah salah satu cara Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan tubuh.


No comments:

Post a Comment