Cari

Friday, 10 June 2016

5 Tip dan Panduan Senaman Bulan Puasa


Bersenam dalam bulan puasa tidak semudah hari lain. Sesuaikan panduan berikut dengan objektif dan kemampuan diri sendiri.

1) Waktu terbaik bakar lemak?
Dalam 1jam sebelum berbuka atau terus selepas berbuka dengan air (tidak berkalori) sahaja. Lakukan senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (iktu kemampuan individu), casual sports dll. Setelah berpuasa sehari dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.

Panduan: Untuk pastikan anda dalam lingkungan 65% heart rate, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercunggap-cunggap.

Safety: Dengan keadaan cuaca yang amat panas dan lembap, saya syorkan senaman ringan ini dilakukan indoors atau tempat yang agak redup, tidak berseorangan dan berdekatan rumah atau public area. Berhenti sekiranya berasa pening atau loya pada bila-bila masa.

2) Senaman HIGH Intensity boleh?
Saya tidak galakkan anda lakukan senaman high intensiti seperti HIIT, Tabata, competitive sports, high intensity cardio dalam keadaan berpuasa.

Penting! Senaman intensiti tinggi tanpa air sememangnya bahaya dan boleh akitbatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah yang tidak berbaloi. Please utamakan keselamatan diri.

Nota: Diet popular Intermittent Fasting atau IF benarkan HIIT atau senaman lain dalam keadaan berpuasa TAPI “puasa IF” dan “puasa Ramadhan” tidak sama kerana IF benarkan minum air (tidak berkalori) semasa “berpuasa”.

3) Jadi bila nak buat HIIT atau weight training?
Hanya selepas berbuka puasa. Kalau nak bersenam TERUS selepas berbuka? Stick to makanan dan minuman mudah hadam (elak solid foods), jangan makan banyak sangat dan tunggu dalam 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma 2x, air suam, maybe 100Plus dan whey protein (ia protein mudah hadam). Kalau anda berpuasa dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan HIIT atau weight training dalam 60-90min selepas berbuka.

Wednesday, 8 June 2016

Cara buat Air Nabeez (Pemakanan Nabi Muhammad S.A.W)


Manfaat Air Nabeez, Minuman Kesihatan Kegemaran Rasulullah SAW


CARA MEMBUATNYA

Apa itu Air Nabeez?

Air Nabeez adalah air rendaman buah kurma atau kismis. Minuman ini merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah SAW. Sebagaimana yang tertulis dalam artikel di Laman Web tribunews mengatakan bahawa :

Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, sehingga Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.

Manfaat Buah Kurma Bagi Kesihatan

1. Dapat memulihkan tenaga, ini adalah salah satu alasan mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada waktu berbuka puasa, iaitu agar tenaga kita pulih setelah seharian menahan haus dan lapar. Sehingga kita akan lebih bersedia untuk menjalani ibadah selanjutnya.

2. Mencegah dan mengubati Sembelit
Kandungan fiber dalam buah kurma bermanfaat untuk menghilangkan kolesterol buruk yang ada dalam tubuh. Sehingga kita dapat terhindar dari sembelit.

3. Kaya akan zat besi

4. Kandungan pottassium dalam buah kurma bermanfaat untuk menstabilkan tekanan darah dan menjaga kesihatan jantung.