Cari

Sunday, 22 May 2016

Loaded Pockets Pizza - Pizza Hut



Destinasi makan places kita hari ini adalah Pizza Hut Taman Scientex, Mutiara Mas. Branch ni baru lagi kat Johor dan merupakan destinasi terdekat untuk kawasan Taman Mutiara Rini dan Taman Seri Orked. Nak tau branch lain boleh semak SINI.


Ada menu baru yang terpampang dekat poster pintu masuk yang macam sedap je tengoknya- Loaded Pocket Chicken. Nampak pulak gambar cheese yang tarik macam tak nak lepas tu terus telan air liur. Gulp! Ok, jom kita tengok cemana pegi dia.

Ada dua pilihan untuk pizza baru ni:
  1. LOADED POCKETS CHICKEN
  2. LOADED POCKETS BEEF
Dedua sama je isi dalamnya, creamy chicken and mushroom tapi yang beza cuma inti kat atas tu boleh pilih chicken/beef (sweet and spiced). 

Untuk set meal for 2 - 3 pax dapat:
  • 1 regular loaded pockets pizza (we ols pilih chicken untuk hari ini)
  • 2 cream of mushroom soup
  • 1 appetiser boleh pilih : Chips & Dip/Garlic Bread/Caesar of Honey Citrus Balsamic Salad (we ols amek Chips & Dip)
  • 2 glasess of Iced Lemon Tea/Soft Drink yang boleh juga nak upgrade macam dalam gambar kat bawah ni. I ols order Ice Lemon Tea, si dia upgrade ke Fizzy Float tambah RM1



Pizza ni lain sikit dari pizza biasa sebab ala ala Malaysia gitu isinya. Tapi lembutnya, cheese melimpah tu memang awesome! Entah kenapa bila tengah kunyah pizza loaded ni kat otak asyik terbayang Rolled Pizza kat Ejohng Concept sebab rasa dan inti dia lebih kurang cuma bentuk je lain. If korang pernah try Rolled Pizza mesti boleh imagine lah cemana rasanya.

Chip & Dips rasa macam makan kerak pizza cicah dengan sos (nasib baik sos sedap!) Boleh jugak dikategorikan sebagai lempeng nipis yang rangup. Sebab dah makan pizza based nya roti tu yang kengkonon nak try  chips & dips ni. Overall ok la takdelah sampai tak boleh telan.

Untuk portion pilihan kali ni kalau datang 2 orang yang biasa makan banyak better ambik side order sebab we ols yang tak makan banyak sangat tapi kelaparan ni pun sedang elok je kenyangnya. Apatah lagi kalau datang bertiga. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Secara kesimpulannya untuk menu ni i ols kasi :


Amacam nak rasa tak? Jemputlah order melalui online (klik) 
atau call 1-300-88-2525 untuk delivery.


No comments:

Post a Comment